Adakah anda salah seorang individu di Malaysia yang berulang alik ke pusat rawatan untuk merawat penyakit sihir, gangguan jin, saka dan sebagainya?

Ketahui bagaimana cara untuk berubat di rumah dengan menggunakan kaedah Ruqyah Syar'iyyah untuk diri sendiri, keluarga serta rumah tangga.



Tahukah anda?

Ramai di antara kita yang sedang berulang alik ke pusat rawatan untuk mengubati penyakit seperti saka, sihir, santau dan sebagainya. Tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka tiada pelindungan diri dan bergantung sepenuhnya dengan rawatan yang diberikan tanpa ada usaha diri sendiri untuk mengubatinya di rumah.

Akibatnya, ramai di antara mereka berulang alik ke pusat rawatan dan tidak sembuh-sembuh. Ia bukan kerana pusat rawatan tersebut tidak 'menjadi' tetapi amalan dan kekuatan diri sendiri yang tidak sehebat gangguan yang membelenggu mereka. Maka tidak hairanlah ada di antara pesakit menanggung penyakit gangguan selama 5 hingga 10 tahun!



Awas! Masih ramai diantara kita memilih untuk berubat dengan bomoh atau dukun!

Kebanyakan masyarakat Melayu tidak kira berada di kampung atau bandar masih mempercayai rawatan dengan bomoh kerana belum terdedah dengan Perubatan Islam. Mereka seakan tidak mempedulikan cara rawatan yang dijalankan dan risiko yang bakal dihadapi. Perbuatan ini amat merbahaya kepada diri sendiri malah jika ianya satu rawatan yang terpesong, mereka akan dianggap melakukan perbuatan syirik!

Lebih malang lagi, ada segelintir bomoh bukan sahaja melakukan perbuatan syirik, malah mereka mengambil kesempatan ke atas pesakit dengan memperdayakan mereka untuk melakukan perbuatan seks bagi mengubati penyakit yang dihadapi. Kes seperti ini baru sahaja berlaku pada akhir tahun 2012 yang lepas seperti laporan akhbar Sinar Harian dibawah :

Keratan akhbar Sinar Harian melaporkan kes penipuan bomoh.

Jadi, mengubati penyakit dengan menggunakan khidmat bomoh adalah satu pilihan yang tidak wajar. Anda akan berdepan dengan pelbagai risiko. Tibalah masanya untuk kembali kepada Perubatan Islam yang jauh lebih berkesan dan Insya Allah tiada kesan sampingan dan risiko merbahaya!

 

Sihir semakin berleluasa dan tidak mengenal siapa!

Kita boleh lihat di semua pusat rawatan Islam, orang ramai berbaris panjang untuk menerima rawatan. Kebanyakan daripadanya adalah kerana sihir rumahtangga, saka, santau, gangguan histeria dan sebagainya. Sihir bukan lagi perkara yang ganjil dan sesiapa sahaja berkemungkinan disihir atau terkena gangguan makhluk halus.

Mengikut pengalaman kami sendiri melalui web PendindingDiri.com ini, kami menerima beribu-ribu maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terkena gangguan. Penyakit yang paling 'popular' adalah sihir penceraian, sihir jenis santau, gangguan jin, saka, sihir dengki dan sebagainya. Golongan yang terlibat pula antara yang paling ramai ialah daripada kalangan guru, pekerja di pejabat, individu berjawatan tinggi, pelajar dan sebagainya.

Kes-kes sihir yang terjadi pada masa kini sememangnya pelbagai jenis. Sihir rumahtangga misalnya, bukan lagi suatu yang menghairankan kerana ada diantara isteri yang sanggup menyihir suami semata-mata untuk menjadikan suami setia dan tidak mencari isteri baru. Begitu pula sebaliknya apabila si suami menyihir isteri untuk menjadikan isteri menjadi 'dungu' dan tidak menyedari akan kecurangan suami.

Bukan itu sahaja, ada yang sanggup menyihir ibu sendiri semata-mata kerana harta dan kepentingan diri.

Keratan akhbar melaporkan kejadian anak sihir ibu!


Perawat tidak menjaga anda 24 jam sehari!

Cuba anda fikirkan, adakah anda dapat mencari perawat apabila berlaku gangguan kepada anak atau keluarga anda pada pukul 3 pagi? Jika perawat adalah jiran anda, kemungkinan beliau datang adalah munasabah, tetapi jika tidak, adakah anda sanggup menunggu sehingga keesokan hari untuk mengubatinya?

Ini bukanlah untuk menakutkan anda, tetapi itulah yang banyak terjadi dalam masyarakat kita hari ini akibat langsung tidak mengetahui bacaan ruqyah yang mungkin boleh di bacakan kepada si pesakit sementara dia dibawa ke pusat rawatan.

Oleh itu, anda patut mempelajari ruqyah agar anda sentiasa bersedia dan dapat menggunakan ilmu tersebut apabila diperlukan pada bila-bila masa sahaja. Jika bukan untuk mengubati orang lain sekalipun, sekurang-kurangnya anda dapat mendinding diri anda sendiri.


Tetapi bukankah Ruqyah hanya untuk perawat sahaja?

Adakah itu yang bermain di fikiran anda? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana Ruqyah terdiri daripada doa yang dipetik daripada Al-Quran dan Hadith. Ianya juga adalah pendinding diri kepada setiap orang Muslim. Maka, ia tidak salah untuk dipelajari malahan beroleh pelbagai kelebihan daripada mukjizat Al-Quran.


Mengikut kajian kami, individu yang mengamalkan ruqyah di rumah lebih cepat sembuh berbanding hanya bergantung penuh dengan rawatan di pusat rawatan!

Ya, itulah di antara kelebihan mereka yang mempunyai ilmu perubatan ruqyah. Tidak dinafikan bahawa rawatan di pusat rawatan Islam adalah antara satu ikhtiar yang baik kerana perawat umpama doktor tetapi terapi diri sendiri di rumah sebenarnya adalah ubat. Merawat tanpa ubat adalah tidak sempurna.

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan lagi kerana kebanyakan pengamal Perubatan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa ruqyah kepada diri sendiri juga adalah satu terapi yang baik dan lebih efektif. Ini kerana kebergantungan kita kepada Allah SWT akan menjadi lebih kuat. Allah SWT menyarankan kita untuk sentiasa berdoa dan meminta kepadaNya.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Sebelum kami menerangkan dengan lebih lanjut, kami mahu bertanya, adakah anda mengalami gangguan yang lazim terjadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia seperti di bawah?

Gangguan Lazim 1- Gangguan Jin
Jin yang telah berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

  • Histeria.

  • Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.

  • Rasa rendah diri, murung, tiada keyakinan diri

  • Terlihat lembaga atau benda yang menakutkan

  • Sentiasa didalam ketakutan dan tidak berani bersendirian atau berada ditempat gelap

  • Terdengar bisikan.



Gangguan Lazim 2- Sihir
Berbeza dengan gangguan jin, sihir adalah perbuatan jahat yang dihantar oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau menganggu seseorang, rumah tangga atau perniagaan. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

  • Terdapat lebam atau kesan gigitan pada badan yang tidak ketahui puncanya

  • Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian

  • Rasa rendah diri, murung, tiada keyakinan

  • Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.

  • Hubungan diantara suami isteri atau persaudaraan menjadi dingin atau kerap bergaduh tanpa sebarang sebab yang munasabah

  • Sihir juga boleh menyebabkan sakit kronik seperti kanser dan sebagainya

  • Terdengar bisikan.



Gangguan Lazim 3- Saka
Saka adalah warisan atau tinggalan keturunan daripada nenek moyang terdahulu yang meninggal dunia akibat dari jin belaan atau sihir. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia dipanggil hantu raya iaitu jin yang menjadi belaan seseorang dan membuat kacau. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula (keturunan.)

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

  • Mimpi binatang berbisa dan buas seperti ular, harimau, buaya dan lain-lain.

  • Histeria atau mudah tidak sedarkan diri dengan meracau dan sebagainya.

  • Teringat atau bermimpi sesorang yang sudah meninggal dunia.

  • Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.

 


Baiklah, apakah sebenarnya Ruqyah Syar'iyyah ini?

Secara ringkasnya, Ruqyah Syar'iyyah adalah bacaan atau doa yang digunakan untuk mengubati, mendinding dan mencegah daripada gangguan makhluk halus. Ia adalah satu amalan yang telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW dan Baginda sendiri menggunakan dan menggalakkan untuk mengamalkan ruqyah dalam kalangan sahabat Baginda.

Ruqyah Syar'iyyah bukan sahaja semata-mata untuk gangguan makhluk halus sahaja bahkan penyakit fizikal lain seperti demam dan sebagainya turut boleh dibacakan ruqyah.


Hari ini kami akan dedahkan kepada anda, set lengkap Perubatan Ruqyah dalam sekeping CD "Rahsia Perubatan Ruqyah".

Tempah Sekarang!

Antara kandungan di dalam CD ini ialah :

Ebook #1

Ebook Rahsia Ruqyah.

Melalui ebook ini anda akan didedahkan mengenai pengenalan terhadap ruqyah serta jenisnya. Ia adalah pengetahuan yang wajib anda tahu sebelum mengamalkan ruqyah. Anda juga akan didedahkan dengan pengenalan terhadap sihir iaitu pengertian sihir dan jenis-jenis sihir yang lazim terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Antara yang menarik di dalam:

  • Senarai Ayat Ruqyah Panjang yang dipetik daripada Al-Quran.

  • Senarai Ayat Ruqyah yang dipetik daripada Hadith.

  • Ayat Ruqyah Khas amalan Nabi Muhammad SAW untuk penawar kepada pelbagai penyakit.



Ebook #2 (sambungan Ebook 1)

Ebook Cara Asas Merawat Pesakit.

Ebook ini akan mendedahkan kepada anda tentang cara asas merawat pesakit atau diri sendiri menggunakan kaedah ruqyah. Anda akan mengetahui tentang kriteria seorang perawat dan cara-cara merawat bermula dari persiapan sehinggalah habis proses rawatan. Kami menyarankan anda membaca dan mengingati kaedah rawatan ini agar anda sentiasa bersedia untuk mengubati keluarga atau diri anda sendiri.

Antara yang menarik di dalam:

  • Koleksi ayat-ayat Ruqyah khas untuk pesakit gangguan biasa, sihir, saka dan penyakit 'ain.

  • Senarai lebih 100 tanda-tanda terkena gangguan pada diri, rumah dan premis perniagaan.



PERCUMA!

Perhatian : Anda dilarang memasang audio ini di dalam kereta yang bergerak kerana sudah terjadi beberapa kes kerasukan di dalam kereta dan ianya membahayakan pengguna.

Untuk pasang, cuma masukkan CD Rahsia Ruqyah anda ke audio player seperti komputer, laptop, radio atau VCD player yang mempunyai fungsi MP3 player dan kemudian secara automatik ia akan memainkan audio ini.

Audio Bacaan Ruqyah

Audio yang mempunyai 8 bacaan ruqyah berdurasi selama lebih 6 jam ini adalah bacaan ruqyah yang boleh dipasang kepada pesakit untuk mengubati dan merawat pelbagai penyakit gangguan yang dihadapi. Selain merawat, audio ini juga boleh dipasang di rumah sebagai pendinding dan juga di premis perniagaan anda agar dijauhi daripada perbuatan sihir dan sebagainya. Audio ini telah terbukti dapat membantu proses rawatan pesakit dan ianya telah diakui oleh ribuan pengguna.

Kelebihan Audio Ruqyah :

  • Salah satu cara yang mudah dan berkesan untuk mengubati penyakit gangguan. Hanya pasang dan dengar paling kurang sejam sehari. Insya Allah jin yang membuat kacau akan kepanasan.

  • Terbukti telah membantu mengubati ribuan pengguna Ruqyah.

  • Menjadi pendinding diri di rumah selain bergantung dengan rawatan di pusat rawatan.

  • Boleh dipasang di premis perniagaan yang disihir atau untuk mengelakkan dari disihir.



 

PERCUMA!

Ebook Koleksi Doa Harian

Ebook ini mengandungi lebih 150 doa-doa harian yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Doa-doa ini amat disarankan kepada pesakit gangguan kerana ianya akan lebih mendekatkan diri pesakit dengan Allah SWT seterusnya menjadi terapi diri yang baik dalam mengubati penyakit.

Menarik di dalam:

  • Bacaan doa disertakan dengan baris dan terjemahan.

  • Doa-doa dipetik daripada Hadith Nabi SAW dan disertakan bersama riwayat hadith.



Bonus Istimewa

Dengan pembelian CD ini, anda akan layak menerima kemaskini ebook sediada secara PERCUMA dan akses download PERCUMA untuk siri Ebook seterusnya. Memandangkan ilmu Perubatan Ruqyah amat luas, kami akan sentiasa mengemaskini dan mengeluarkan ebook baru supaya anda sentiasa mendapat ilmu baru. Pastikan anda memberikan alamat emel yang betul pada Borang Tempahan agar anda tidak ketinggalan mendapat kemaskini dan ebook baru nanti. Insya Allah.



Perhatian.

Ebook di dalam pakej CD Rahsia Perubatan Ruqyah ini adalah panduan asas dalam Perubatan Ruqyah yang perlu diketahui semua umat Islam. Pengguna yang ingin memperlajari secara lanjutan perlu mengahidiri kelas secara berguru agar dapat mengetahui secara lebih dalam tentang merawat dan sebagainya.




Testimoni pengguna

Berikut ialah diantara testimoni pengguna yang menggunakan CD Audio Ruqyah dan mengalami kesan-kesan yang positif. Sebenarnya kami mempunyai banyak testimoni yang diterima daripada pengguna tetapi ramai di antara mereka tidak mengizinkan untuk disiarkan atas sebab tidak mahu diketahui ramai.

Fig 2 : Keratan akhbar Bacaria yang melaporkan kejadian wanita keluar kaca selepas mendengar CD audio Ruqyah.


Fig 3 : Keratan akhbar Bacaria yang melaporkan kejadian wanita keluar kaca selepas mendengar CD audio Ruqyah.


Fig 4 : Keratan akhbar Berita Harian mengenai seorang pesakit sihir menggunakan CD audio Ruqyah.

 

Dibawah pula adalah antara testimoni beberapa pengguna yang telah menggunakan Set CD ini. Gambar dan nama sebenar tidak disiarkan atas permintaan mereka.

Melalui pengalaman sahabat terdekat :

" Dulu saya terkena gangguan Jin yang menyebabkan saya tidak boleh fokus kepada pelajaran. Yang paling teruk, saya langsung tidak boleh menjejakkan kaki ke sekolah. Ada saja yang tak kena. Berasa malas, sedih, dan serba tak kena. Selepas mendapatkan CD Audio Ruqyah dan mendengarnya, Alhamdulillah, sekarang saya sudah kembali pulih. Dengan izin Allah juga, sekarang saya sudah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah "

~Syafiq, Shah Alam.


Melalui aduan :

" Saya membeli CD Ruqyah ini untuk cuba mengubati seorang kawan saya yang terkena sihir dan selalu tidak sedarkan diri. Saya memasang audio Ruqyah padanya dan pada pertama kali mendengarnya dia menjadi meracau dan tidak senang duduk. Alhamdulillah tnada-tanda gangguannya semakin hari semakin berkurangan.

~Hamba Allah, Rawang.


Emel daripada pelajar kolej :

"Saya merupakan seorang pelajar IPT. Didalam asrama selalu ada yang terkena histeria jadi saya sentiasa bersedia dengan CD Perubatan Islam ini. Pada suatu malam, seorang kawan telah mengalami sesak nafas dan mengerang kesakitan yang agak teruk (seperti histeria) dan beberapa orang senior telah bersedia untuk menghantar beliau ke hospital. Pada masa itu saya terus memasang audio bacaan Ruqyah ini dan MasyaAllah, histerianya hilang dan seketika kemudian beliau terus pulih. Sekarang saya pasang CD ini pada setiap hari terutama pada waktu malam"

~Siti, Kota Bahru, Kelantan.

 

Siapa yang patut memiliki CD ini?

  • Individu yang menghadapi penyakit gangguan seperti sihir, saka, santau dan sebagainya.

  • Individu yang sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan. (Jadikan sebagai rawatan di rumah)

  • Mengubati pesakit yang tidak mahu atau enggan untuk berubat

  • Pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dingin tanpa ada sebab munasabah

  • Sesiapa sahaja yang ingin mempelajari teknik asas mengubati pesakit.

  • Pekerja yang bimbang akan permusuhan dalam kalangan rakan sekerja (Jadikan sebagai pendinding diri)

  • Mengubati anak yang degil, malas dan tidak mendengar kata.

  • Individu yang sedang menaiki rumah baru atau premis baru. (Pasang Audio Ruqyah bagi mengelakkan gangguan jin)

Sebenarnya CD ini kami telah pakejkan untuk kegunaan umum. Ia tidak dikhususkan untuk orang yang ingin belajar tentang ruqyah sahaja, malah orang yang sedang menghadapi penyakit gangguan seperti sihir, santau, gangguan jin, saka dan sebagainya boleh menggunakan CD ini untuk mendengar audio bacaan ruqyah yang telah disediakan. Ia telah terbukti dapat membantu anda membuang segala gangguan yang dihadapi (dengan izin Allah). Tambahan pula, kami telah sediakan senarai ayat-ayat ruqyah yang lengkap untuk dijadikan bacaan anda agar proses rawatan menjadi lebih lengkap. Jadi, ia sememangnya untuk semua. Tidak kiralah anda adalah pesakit atau ketua keluarga yang ingin mempelajari ruqyah asas sebagai persediaan menghadapi perkara yang tidak diingini.

 

Tempah Sekarang

Miliki CD Rahsia Ruqyah pada harga yang anda mampu miliki hari ini.

Promosi terhad kepada 200 pembeli sahaja!


* PERCUMA kos penghantaran ke Semenanjung dan Sabah Sarawak.


Tempah Sekarang!


Depan | Tempah | Hubungi | Jadi Agen!

 Online Users